Aspek keselamatan dan disiplin perlu dititik beratkan semasa melakukan aktiviti perkhemahan untuk mengelakkan daripada berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kemalangan atau kecederaan serius.
Klik link di bawah untuk mengetahui contoh perkara yang tidak diingini yang telah berlaku semasa aktiviti perkhemahan yang sebenar.
MALANG TIDAK BERBAU
00:51 |
Read User's Comments2
ISU-ISU SEMASA
00:38 |
Sejak akhir-akhir ini, kita digemparkan dengan fenomena yang kita jarang dengar atau tahu sebelum ini..Perkara yang dimaksudkan dan ada kaitan dengan aktiviti perkhemahan ialah ancaman kencing tikus yang telah melanda beberapa kawasan rekreasi di Malaysia. Oleh itu anda perlu tahu sama ada kawasan perkhemahan anda terdedah atau pun tidak dengan ancaman ini. anda juga perlu mengetahui sedikit sebanyak maklumat tentang apa yang dimaksudkan dengan kencing tikus...
sila klik link di bawah untuk mendapatkan sedikit latar belakang tentang kencing tikus ini.
http://marcomm.upm.edu.my/imarcomm/v1/storeNewsClip/20120319144713.pdf
Read User's Comments3
KEMUDAHAN ASAS TAPAK PERKHEMAHAN
07:55 |
KEMUDAHAN ASAS TAPAK
PERKHEMAHAN
Untuk keselesaan dan
memudahkan segala urusan semasa melakukan aktiviti perkhemahan. Pastikan tapak
perkhemahan juga dilengkapi dengan kemudahan asas. Antara kemudahan asas
tersebut ialah:
1.
Khemah Induk
a)
Khemah utama
b)
Sebagai bilik operasi
c)
Tempat berurusan dengan petugas
2. Sumber Air Bersih.
a)
Air penting untuk kegunaan memasak dan
untuk diminum.
b)
Air bersih penting untuk mengelakkan
kejadian seperti keracunan makanan.
c)
Antara sumber air yang digunakan
ialah air sungai, air bukit, mata air, air paip
3. Tempat Mandi dan Tandas
a)
Untuk Mandi.
b)
Untuk membuang air kecil atau air
besar.
4. Perhubungan Jalan Raya
a)
Laluan keluar masuk jika berlaku
kecemasan
5. Tempat Membuang Sampah
a) Buat lubang sampah jika tiada tong sampah disediakan
b)
Kebersihan kawasan perkhemahan mesti
dijaga
Read User's Comments0
KESELAMATAN TAPAK PERKHEMAHAN
07:50 |
KESELAMATAN TAPAK PERKHEMAHAN
Untuk melakukan aktiviti perkhemahan, tapak
perkhemahan hendaklah diteliti dahulu untuk dinilai tahap keselamatan tapak
tersebut. Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam memilih tapak yang
sesuai untuk aktiviti perkhemahan adalah:
1. Tapak
perkhemahan rata.
-
- Untuk keselesaan dan memudahkan aktiviti
yang akan dilakukan.
2. Lapang,
tiada semak-samun .
-
- Untuk mengelakkan binatang berbisa merayap
ke dalam khemah atau di sekeliling khemah.
ke dalam khemah atau di sekeliling khemah.
3. Jauh
dari lereng bukit.
- - Untuk mengelakkan kemungkinan tanah runtuh
atau pun khemah dihanyutkan air deras.
atau pun khemah dihanyutkan air deras.
4. Jauh
dari pohon mati.
- - Untuk mengelakkan khemah ditimpa ranting
atau batang pokok.
atau batang pokok.
Read User's Comments0
PERSIAPAN & PENGURUSAN TEMPAT
07:48 |
Anda perlu membuat tinjauan di lokasi perkhemahan untuk mengenal pasti:
- punca air
- kedudukan khemah induk dan khemah peserta
- tempat untuk memasak
- tempat membuang sampah
- lokasi tandas dan tempat mandi
Sebelum perkhemahan diadakan,
anda seharusnya mendapatkan kebenaran dari pegawai daerah di mana
perkhemahan itu diadakan. Anda juga perlu memaklumkan kepada pihak polis
agar pihak polis dapat mengadakan rondaan dari semasa ke semasa di
lokasi perkhemahan. Sediakan dokumen senarai nama dan biodata peserta
yang lengkap untuk rujukan mereka.
Peta
lakaran kedudukan perkhemahan perlu ditampalkan agar mudah untuk
peserta menbuat rujukan. Pengagihan tugas kepada kumpulan juga amat
perlu agar tugas-tugas dilaksanakan dengan teratur dan tugasan berjalan
lancar. Pihak penganjur juga perlu menyediakan kenderaan untuk urusan
kecemasan semasa perkhemahan itu nanti.
Read User's Comments0
VIDEO CARA MEMASANG KHEMAH
07:46 |
Read User's Comments0
Subscribe to:
Posts (Atom)