KEPENTINGAN REKREASI

Rekreasi ialah aktiviti yang dipilih secara sukarela dengan tujuan untuk mendapatkan keseronokan, kepuasan serta untuk merehatkan badan dan fikiran. Aktiviti ini biasanya dilakukan untuk merehatkan badan dan fikiran. Aktiviti ini biasanya dilakukan untuk memenuhi masa lapang. Antara aktiviti rekreasi yang popular ialah perkhemahan.

Aktiviti perkhemahan boleh dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan, bersama-sama rakan ataupun anggota keluarga. Di peringkat sekolah, aktiviti perkhemahan biasanya dilakukan dalam kumpulan yang besar. Pasukan beruniform atau kelab-kelab di sekolah biasanya menjadikan perkhemahan sebagai aktiviti tahunan mereka.

Aktiviti perkhemahan menitikberatkan semangat bekerjasama secara berkumpulan. Aktiviti ini memerlukan perancangan kerana kita berurusan dengan pihak-pihak tertentu dan perlu memastikan tempat yang sesuai untuk perkhemahan.

Sebelum mengadakan perkhemahan, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan diambil kira:
  • Jenis khemah
  • Cara mendirikan khemah
  • Pengurusan tempat
  • Ciri-ciri tapak perkhemahan
  • Aspek keselamatan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment