PERSIAPAN & PENGURUSAN TEMPAT

Anda perlu membuat tinjauan di lokasi perkhemahan untuk mengenal pasti:

  •  punca air 
  • kedudukan khemah induk dan khemah peserta
  • tempat untuk memasak
  • tempat membuang sampah
  • lokasi tandas dan tempat mandi


Sebelum perkhemahan diadakan, anda seharusnya mendapatkan kebenaran dari pegawai daerah di mana perkhemahan itu diadakan. Anda juga perlu memaklumkan kepada pihak polis agar pihak polis dapat mengadakan rondaan dari semasa ke semasa di lokasi perkhemahan. Sediakan dokumen senarai nama dan biodata peserta yang lengkap untuk rujukan mereka.

Peta lakaran kedudukan perkhemahan perlu ditampalkan agar mudah untuk peserta menbuat  rujukan. Pengagihan tugas kepada kumpulan juga amat perlu agar tugas-tugas dilaksanakan dengan teratur dan tugasan berjalan lancar. Pihak penganjur juga perlu menyediakan kenderaan untuk urusan kecemasan semasa perkhemahan itu nanti.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment