MALANG TIDAK BERBAU


Aspek keselamatan dan disiplin perlu dititik beratkan semasa melakukan aktiviti perkhemahan untuk mengelakkan daripada berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kemalangan atau kecederaan serius.

Klik link di bawah untuk mengetahui contoh perkara yang tidak diingini yang telah berlaku semasa aktiviti perkhemahan yang sebenar.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1028&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm&arc=hive

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments2

ISU-ISU SEMASA

Sejak akhir-akhir ini, kita digemparkan dengan fenomena yang kita jarang dengar atau tahu sebelum ini..Perkara yang dimaksudkan dan ada kaitan dengan aktiviti perkhemahan ialah ancaman kencing tikus yang telah melanda beberapa kawasan rekreasi di Malaysia. Oleh itu anda perlu tahu sama ada kawasan perkhemahan anda terdedah atau pun tidak dengan ancaman ini. anda juga perlu mengetahui sedikit sebanyak maklumat tentang apa yang dimaksudkan dengan kencing tikus...


sila klik link di bawah untuk mendapatkan sedikit latar belakang tentang kencing tikus ini.

http://marcomm.upm.edu.my/imarcomm/v1/storeNewsClip/20120319144713.pdf

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments3

ASPEK KESELAMATAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

KEMUDAHAN ASAS TAPAK PERKHEMAHAN


KEMUDAHAN ASAS TAPAK PERKHEMAHAN

Untuk keselesaan dan memudahkan segala urusan semasa melakukan aktiviti perkhemahan. Pastikan tapak perkhemahan juga dilengkapi dengan kemudahan asas. Antara kemudahan asas tersebut ialah:
1.       Khemah Induk
        a)    Khemah utama
        b)   Sebagai bilik operasi
        c)    Tempat berurusan dengan petugas

2.       Sumber Air Bersih.
       a)    Air penting untuk kegunaan memasak dan untuk diminum.
       b)   Air bersih penting untuk mengelakkan kejadian seperti keracunan makanan.
       c)    Antara sumber air yang digunakan ialah air sungai, air bukit, mata air, air paip

3.       Tempat Mandi dan Tandas
a)      Untuk Mandi.
b)      Untuk membuang air kecil atau air besar.

4.       Perhubungan Jalan Raya
a)      Laluan keluar masuk jika berlaku kecemasan

5.       Tempat Membuang Sampah
a)      Buat lubang sampah jika tiada tong sampah disediakan
b)      Kebersihan kawasan perkhemahan mesti dijaga

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

KESELAMATAN TAPAK PERKHEMAHAN


KESELAMATAN TAPAK PERKHEMAHAN

Untuk melakukan aktiviti perkhemahan, tapak perkhemahan hendaklah diteliti dahulu untuk dinilai tahap keselamatan tapak tersebut. Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam memilih tapak yang sesuai untuk aktiviti perkhemahan adalah:


1.    Tapak perkhemahan rata.
-                   - Untuk keselesaan dan memudahkan aktiviti yang akan dilakukan.

2.    Lapang, tiada semak-samun .
-                 - Untuk mengelakkan binatang berbisa merayap 
        ke dalam khemah atau di sekeliling khemah.

3.    Jauh dari lereng bukit.
-                  - Untuk mengelakkan kemungkinan tanah runtuh 
       atau pun khemah dihanyutkan air deras.

4.    Jauh dari pohon mati.
-                 - Untuk mengelakkan khemah ditimpa ranting
       atau batang pokok.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

PERSIAPAN & PENGURUSAN TEMPAT

Anda perlu membuat tinjauan di lokasi perkhemahan untuk mengenal pasti:

  •  punca air 
  • kedudukan khemah induk dan khemah peserta
  • tempat untuk memasak
  • tempat membuang sampah
  • lokasi tandas dan tempat mandi


Sebelum perkhemahan diadakan, anda seharusnya mendapatkan kebenaran dari pegawai daerah di mana perkhemahan itu diadakan. Anda juga perlu memaklumkan kepada pihak polis agar pihak polis dapat mengadakan rondaan dari semasa ke semasa di lokasi perkhemahan. Sediakan dokumen senarai nama dan biodata peserta yang lengkap untuk rujukan mereka.

Peta lakaran kedudukan perkhemahan perlu ditampalkan agar mudah untuk peserta menbuat  rujukan. Pengagihan tugas kepada kumpulan juga amat perlu agar tugas-tugas dilaksanakan dengan teratur dan tugasan berjalan lancar. Pihak penganjur juga perlu menyediakan kenderaan untuk urusan kecemasan semasa perkhemahan itu nanti.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

VIDEO CARA MEMASANG KHEMAH

 
Di bawah ini adalah video yang menerangkan cara-cara memasang khemah bentuk kubah.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0